Nama Nama Pemain Bola Sepak Menerima Rasuah Didedah
Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) mengotakan janji untuk tidak ‘beri muka’ kepada
pemain yang terlibat dalam rasuah bola sepak apabila menyiarkan nama
pemain dan pegawai yang terlibat mengatur perlawanan, semalam.
Dalam kenyataan
kepada media semalam, FAM mendedahkan nama 11 pemain pasukan Piala
Presiden 2011 Negeri Sembilan yang didakwa terlibat dalam rasuah setelah
Jawatankuasa Tatatertib mendapati wujudnya unsur-unsur rasuah dan
gejala mengatur perlawanan. Hukuman penggantungan pemain dan pegawai tersebut berkuatkuasa pada 30 November lalu. Siapakah pemain pemain itu klik di bawah seterusnya:
Empat pemain iaitu Mohd. Yatim Abdullah, Adrian Davadas, Norhairi Abdul Rahman dan Muhammad Zulfadhlie Mohamad A’ashari dikenakan hukuman gantung selama setahun daripada terlibat dengan semua aktiviti bola sepak di peringkat kebangsaan.
Mereka juga tidak boleh mengemukakan sebarang rayuan kepada FAM.
Tujuh lagi pemain itu Muhammad Zaidi Othman, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Anwarul Hafiz Ahmad, Muhamad Haikal Mohamad Nazri, Suhairy Johari dikenakan hukuman lebih berat iaitu gantung lima tahun.
Pemain terbabit hanya dibenarkan membuat rayuan selepas menjalani hukuman penggantungan setahun.
Rayuan yang
dibuat perlu dilakukan secara bertulis kepada FAM.
Ketua jurulatih pasukan Piala Presiden 2011 Negeri Sembilan, Yusarman
Yusof pula digantung seumur hidup dan tidak boleh terlibat dengan
sebarang aktiviti bola sepak.
Yusarman hanya boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada FAM
selepas 10 tahun menjalani hukuman.
Dalam
kenyataannya, FAM turut mengumumkan pegawai-pegawai dan para pemain
pasukan Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy 2011, pasukan Piala
Presiden Johor MP Muar FC 2011, pasukan Piala Presiden Terengganu
PBDKT/T-Team 2010 digantung sementara sehingga Mesyuarat Jawatankuasa
Tatatertib FAM yang akan datang.
Minggu lalu,
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mendedahkan
badan induk itu sudah mengenal pasti 18 pemain dan seorang jurulatih
yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada Liga Malaysia musim
lepas.
Keputusan itu
dibuat dalam mesyuarat Exco FAM yang dipengerusikan Tengku Abdullah
sendiri.
Kontroversi mengenai rasuah mula menggegar bola sepak tanah air apabila
beberapa pemain pasukan Perlis disoal siasat kerana disyaki menerima
wang daripada bookie untuk mengatur perlawanan ketika dibelasah 7-2 oleh
MP Muar dalam aksi pertama Liga Perdana musim ini.
Sebagai langkah
awal membanteras kegiatan itu, FAM melaksanakan pendekatan 3E
(education, engagement, enforcement) atau pendidikan, pembabitan dan
penguatkuasaan untuk membanteras kegiatan rasuah dalam arena bola sepak
tempatan.
Tengku Abdullah
memberitahu, melalui pendekatan 3E, selepas ini semua proses
pendaftaran pemain perlu melalui satu badan khas yang akan ditubuhkan
bagi mengenal pasti pemain yang memiliki rekod buruk.
“Kalau ada pemain yang mempunyai rekod tidak baik, kita tidak benarkan
mereka beraksi dan lesen tidak akan dikeluarkan,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan