Saingan Liga Perdana 2013 Pasti Sengit, Johor FA Bida Riquelme | Johor FA telah membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme musim depan. Mengikut laporan akhbar The Star dan juga portal sukan ESPNSTAR, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan presiden Johor FA memberitahu di lama Twitternya bahawa mereka akan berbincang dengan pemain itu selepas dimaklumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Boca Juniors.
Riquelme adalah pemain bertaraf dunia yang kedua telah dikaitkan dengan Johor FA. Sebelum ini, terdapat perancangan untuk mendapatkan Gabriel Batistuta sebagai penasihat Johor FA. Tunku Ismail juga menyebut dalam twitternya bahawa, ejen Johor FA telah diarahkan untuk menghubungi Riquelme dan membincangkan tentang perjanjian musim depan. Buat masa ini tiada apa-apa pengesahan. Pihaknya masih mencuba untuk mendapatkannya.
Menurut sumber berita berkenaan, Johor FA berminat untuk mendapatkan Riquelme bagi saingan Liga Perdana musim depan. Riquelme adalah salah satu pemain yang dikenal pasti oleh Tunku Ismail yang boleh memberikan impak kepada pasukan dan juga menarik ramai orang ke stadium. Menurut sumber tersebut juga, bekas pemain Argentina, Gabriel Batistuta yang dikaitkan sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat Johor FA untuk membawa masuk pemain dari Amerika Selatan. (SUMBER ESPNSTAR)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan