comel kak lisa ni
Jumaat, 28 Disember 2012
Maha Raja Lawak Mega 2012
Cerita ni la yang saya suka tengok dengan family pada hari Jumaat malam pukul 10,saya rasa korang pon samakan,Membuat lawak ni bukannya senang bagi sesetengah orang, bak kata perpatah "buat orang nagis senang,tapi buat orang gelak sungguh susah" walaupon ader la sedikit double mining disebalik lawak mereka ni,walau bagaimanapon kita layan jer la..
My Name Is Khan (cerita ni)
My Name Is Khan korang semua mesti pernah tengok or dengar tentang cerita ni kan ... haritu saya terbukak la chanel 131 ader pulok cerita ni,saya pon tengok la sampai habis,cerita ni bagus dan banyak pengajaran serta membuka mata dunia bahawa agama ISLAM tidak semestinya Penggana atau TERORIST..ni saya share sikit gambar-gambar cerita ni...
Ahad, 23 Disember 2012
Chelsea vs Aston Villa 8-0
yes,akhirnya menang pon game malam tadi team saya tuh (chelsea fc),bukan tu saja,menang besar pulok tu 8-0 kata ko .. hahah memang terbaik la,player pon mantap2 dan hebat2 belako ... KTBFFH !!!!
Singapore Juara AFF CUP 2012
AFF SUZUKI 2012 sudah pon tamat untuk tahun ini,Singapore pula mencatat sebagai Juara kali ini,kemenagan keatas Thailand 3-2 (agreget).Disebabkan Singapore banyak bertahan pada perlawan semalam,Thailand dapat menyerang dengan pelbagai cara dan menghasilkan 1 gol...saya sedih la jugak Malaysia tidak berjaya ke finalkan,kita tunggu untuk Piala Asia pulok,Selamanya Harimau Malaya :)
Bercuti ke Sunway Lagoon
Sunway Lagoon,Kuala Lumpur korang semua tahukan,siapa yang pernah pergi confirm nak pergi lagi,kalau pergi sorang2 tak seronok la,pergi ngan keluarga baru best,tengok la gambar dibawah ni yer :)
Padang Besar,Perlis
Isnin, 17 Disember 2012
Result Pmr Keluar 19.12.12
Assalamualaikum,edmin kali ni agak tkut untuk bercerita tentang 'keluarnya Result' bagi sapa yang pernah melaluinya tahu la rasanya bagaimanakan..hari ni edmin ader kat perlis,nak ambik result hari rabu memang x boleh la kataNya kan..rumah edmin kat Manjung,Perak..adess susah betula,dah la jauh.Insyallah edmin ambil result hari khamis because baru balikkan.cuma edmin x boleh la nak rasa gementar bersama rakan2 seperjuangan.Sebelum saya merepek lagi,saya nak ucapkan ' SEMOGA DAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG' jumpa lagi bye dari saya *aufa*
Ahad, 16 Disember 2012
Team EPL yng diminati
edmin minat dengan kelab Chelsea yang menang UEFA tahun lepas,edmin bukannya apa,cuma suka tngok cara mereka control ball waktu kat padang,edmin rasa bngga la jugak sebab Chelsea dapat pergi ke Japan untuk FIFA club kan .. huhuh hope menang la team saya tu yer .. bagi korang yang suka team lain jngan marah yer .. hehehe ^_^
Rabu, 12 Disember 2012
Petanda Kematian Dalam Islam
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan
kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya
MATI.
Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Johor Fa Bida Juan Roma Riquelme
Saingan Liga Perdana 2013 Pasti Sengit, Johor FA Bida Riquelme | Johor FA telah membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme musim depan. Mengikut laporan akhbar The Star dan juga portal sukan ESPNSTAR, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan presiden Johor FA memberitahu di lama Twitternya bahawa mereka akan berbincang dengan pemain itu selepas dimaklumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Boca Juniors.
Riquelme adalah pemain bertaraf dunia yang kedua telah dikaitkan dengan Johor FA. Sebelum ini, terdapat perancangan untuk mendapatkan Gabriel Batistuta sebagai penasihat Johor FA. Tunku Ismail juga menyebut dalam twitternya bahawa, ejen Johor FA telah diarahkan untuk menghubungi Riquelme dan membincangkan tentang perjanjian musim depan. Buat masa ini tiada apa-apa pengesahan. Pihaknya masih mencuba untuk mendapatkannya.
Menurut sumber berita berkenaan, Johor FA berminat untuk mendapatkan Riquelme bagi saingan Liga Perdana musim depan. Riquelme adalah salah satu pemain yang dikenal pasti oleh Tunku Ismail yang boleh memberikan impak kepada pasukan dan juga menarik ramai orang ke stadium. Menurut sumber tersebut juga, bekas pemain Argentina, Gabriel Batistuta yang dikaitkan sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat Johor FA untuk membawa masuk pemain dari Amerika Selatan. (SUMBER ESPNSTAR)
7 Keajaiban Dunia Sebenar.
Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7 ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.
Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal dll...
Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….
Murid itu menjawab….
"Ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat"
Guru berkata, "banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada"
Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, "Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia" adalah
- Boleh Melihat
- Boleh Mendengar
- Boleh Menyentuh
- Boleh Menyayangi
- Boleh Merasa
- Boleh ketawa
- dan boleh Mencintai
Kelas pun sunyi sekejap…....
Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi manusia dan kita menyebutnya "Keajaiban". Sementara untuk semua yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal "Biasa sahaja"….
Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.
Juara Aff Suzuki 2010
Aff suzuki cup 2010,Malaysia telah melakar sejarah yng bermakna apabilla memenangi Piasa Aff suzuki...dengan pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh skuad negara sebelum menjadi juara dengan melangkah ke final bertemu indonesia ... Yang lepas biarkan pergi,buatlah sebagai pembakar semngat bagi skuad kebangsaan untuk Aff sukuki 2012 ... adakah Malaysia mampu mempertahankan kejuaraan yang lepas .. kita tunggu dan lihat .. apa2 pun admin mintak maaf kalau tersalah tulis or everything... SELAMANYA HARIMAU MALAYA !!!
Layan Buruk Thailand Kepada Malaysia
PADANG macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad
kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan
yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.
Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan.
Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.
Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.
“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.
“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya.
Skuad kebangsaan tiba di Bangkok kelmarin, sehari lebih awal bagi
melakukan persiapan rapi selepas seri 1-1 pada pertemuan pertama di
Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Menurut Subahan, beliau sudah mengemukakan laporan kepada AFF dan FAT mengenai masalah itu.
“AFF sudah dimaklumkan tapi dengan tempoh singkat ini, mereka gagal menyediakan padang lain,” katanya.
Sementara itu, Rajagobal mengaku kecewa keadaan padang membahayakan selain tidak dapat menilai tahap pemain yang cedera.
“Saya takut dengan keadaan padang teruk ini akan mencederakan pemain dan sebab itu mereka hanya memanaskan badan saja.
“Senario ini mengganggu persiapan pasukan tapi kami tidak boleh terlalu memikirkan masalah ini dan saya mahu semua pemain kekal fokus,” katanya.
Peluang terakhir Rajagobal merencana strategi adalah pada sesi latihan rasmi di Stadium Supachalasai, hari ini.
Mengulas kecederaan pemain, beliau berkata, Mohd Shakir Saari dan Wan Zack Haikal Wan Noor masih belum pasti dapat diturunkan.
Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan.
Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.
Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.
“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.
“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya.
Menurut Subahan, beliau sudah mengemukakan laporan kepada AFF dan FAT mengenai masalah itu.
Sementara itu, Rajagobal mengaku kecewa keadaan padang membahayakan selain tidak dapat menilai tahap pemain yang cedera.
“Saya takut dengan keadaan padang teruk ini akan mencederakan pemain dan sebab itu mereka hanya memanaskan badan saja.
“Senario ini mengganggu persiapan pasukan tapi kami tidak boleh terlalu memikirkan masalah ini dan saya mahu semua pemain kekal fokus,” katanya.
Peluang terakhir Rajagobal merencana strategi adalah pada sesi latihan rasmi di Stadium Supachalasai, hari ini.
Mengulas kecederaan pemain, beliau berkata, Mohd Shakir Saari dan Wan Zack Haikal Wan Noor masih belum pasti dapat diturunkan.
Langgan:
Catatan (Atom)